Assalaamu'alaikum wbt.
Sekadar berkongsi sedikit luahan. Lama hendak disebut, tapi rasa segan apabila memandangkan diri yang masih banyak kelemahan, tapi bila terkenangkan satu ayat tentang "keburukan mereka yang menyembunyikan ayat-ayat Allah" maka rasa terpanggil untuk berkongsi sekadar yang termampu. Semoga "sampaikan dariku walau satu ayat" itu terealisasi.
Sudah lama kita bekerja. Sepatutnya, ada hasilnya, biar pun sedikit. Ya, memang Allah tidak memandang hasil. Tapi, dalam projek besar kita ini, (AKU – Agenda Kebangkitan Ummah) hasil yang perlu kita titikberatkan ialah sejauh mana kita mampu membina kesinambungan dalam kerja kita ini – iaitu membina pelapis yang berkualiti dan mampu meneruskan kerja kita. Kerana jalan yang kita lakukan ini panjang. Dan tidak pasti sama ada kita sendiri dapat melihat kejayaannya atau tidak.
Akhir-akhir ini, kita ketandusan pelapis. Baik untuk membuat kerja paling asas – dakwah fardiah, mahupun menjadi pengganti dalam tanzim yang merancang dan mengawal gerak kerja kita.
Mengapa?
Kita sudah banyak diuji rasanya. Pelbagai jenis ujian. Tapi, ujian inilah yang paling memeritkan. Tidakkah sayu bila melihatkan, tiada siapa yang mahu menyahut seruan, meneruskan gerak kerja ini, serta mengganti kita? Atau, mungkinkah ini satu "panggilan" dariNya untuk muhasabah, buat du’at sekalian?
Di mana silapnya?
Bukanlah hendak mengkritik sesiapa, tapi untuk memuhasabah diri ini jua. Tempoh yang lebih dari 6 bulan, sepatutnya sudah ada ramai yang mahu bersama dalam gerabak dakwah ini. Tidak kira yang mahu menjadi bawahan, namun boleh bekerja, terutama sekali kerja utama kita – dakwah fardhiah. Tidak kira jua mereka (mad’u) hendak bersama wadah kita, atau tidak.
Dakwah FardhiahIngin diingatkan, dakwah fardhiah bagaikan "kunci" hati mad’u. Kita abaikan tugas yang nampak remeh ini, seolah-olah meremehkan dakwah itu sendiri. Kita sibuk-sibuk pula, "menyerang" (membuka) cawangan baru di tempat lain. Sedang tempat kita masih tidak pasti masa depannya. Terumbang-ambing. Bagai "kera di hutan disusui, anak di rumah mati kelaparan". Maka, kita akan lebih penat apabila kita rasakan kita menggunakan tenaga yang banyak untuk tempat yang besar. Sedangkan, kalau kita fokus tempat yang kecil pun, belum tentu semua mad’u yang boleh berpotensi, telah kita tawarkan dengan perkhidmatan (dakwah) kita.
Sepatutnya, kita tumpukan membina kekuatan sof di tempat kita dahulu. Masih ramai mad’u berpotensi di tempat kita. Hanya kita yang "segan" atau malu-malu kucing hendak menawarkan perkhidmatan (dakwah) kita – melalui usrah.
Dakwah fardhiah, tidaklah sesukar mana. Yang penting, kita "tangkap" mad’u itu cepat-cepat. Menangi hatinya supaya dia merasa senang bersama kita. Sehingga dia yakin dengan apa yang kita tawarkan ini (dakwah).
Kita sudah ketahui marhalah dakwah kita. Ta’rif, takwin (i’dad) dan tanfiz (amal).
Ta’rif – pengenalan pada Islam
Takwin (i’dad) – pembentukan, penyaringan atau penapisan (sebelum itu perlu tajmi’ – mengumpul)
Tanfiz (amal) – bekerja (dakwah), ujian mula melanda
Proses
ta’rif, pengenalan, dengan mad’u. Tidak kira melalui perbualan dengan mereka, melalui peribadi kita, mahu pun melalui aktiviti kita (yang bersifat dakwah umum).
Proses
takwin pula ialah proses kita "menapis" mad’u yang dilihat berpotensi untuk kita gerakkan dalam kerja kita ini. Kita akan "mencanai" permata-permata yang mungkin nampak tak bernilai pada orang biasa. Di sinilah kita perlu mentajmi’ (mengumpul) seramai mungkin mad’u-mad’u berpotensi untuk diserapkan dalam sistem kita, iaitu usrah. Sasaran perlu ramai, kerana nanti akan ada proses "tapisan" yang akan menapis siapa yang akan terus komited dan konsisten kelak. Harus diingatkan juga, proses penapisan sentiasa berlaku setiap masa. Malah kita sendiri (penggerak) juga akan ditapis setiap masa. Semoga Allah meneguhkan hati-hati kita dalam bekerja untukNya ini. Hanya yang ikhlas sahaja yang akan kekal. Tahapan (peringkat) ini antara tahapan terpenting, kerana tahapan ini yang akan menentukan "produk" (output) yang akan keluar kelak, yang bakal beraksi di medan amal. Ambil perhatian juga, bagaimana layanan kita pada mutarabbi, begitulah juga layanannya pada mad’u mereka bila mereka menjadi naqib atau murabbi kelak. Jika kita bersikap sambil lewa pada mad’u, kelak akan melahirkan da’i yang bersikap sambil lewa juga. Selain itu, tarbiah dzatiah (individu) antara bekal terpenting buat mereka. Bantu mereka menguatkan tarbiah dzatiah sebaik mungkin. Mad’u yang menjadi da’i nanti, namun masih gagal menjaga tarbiah dzatiah ini, boleh menyebabkan timbulnya fitnah kelak.

Gambar diambil dari
siniProses
tanfiz pula ialah medan amal selepas mad’u itu sedar tanggungjawabnya sebagai khalifah (2, Al-Baqarah : 30) yang memakmurkan muka bumi Allah dengan ubudiah (51, Adz-Dzaariyaat : 56) kepadaNya. Paling asas, mereka sudah punya kemahuan mengajak kepada kebaikan (amar ma’ruf). Mencegah kemungkaran (nahii munkar) boleh diterapkan kemudian pada mereka, kerana ia nampak lebih sukar (pada pendapat ana), kerana perlukan pengetahuan lebih mendalam dan juga kekuatan untuk melakukannya. Peringkat ini, mad’u sudah bersedia beraksi di pentas (medan amal). Ingat, medan amal ini bukan semestinya menjadi pimpinan sahaja. Melakukan dakwah fardhiah juga adalah medan amal.
Kerja kita ini memang rumit. Tapi jika kita benar-benar ikhlas, Allah pasti membantu. (47, Muhammad : 7)
‘Ibrah (pengajaran) sudah banyak yang kita alami. Hanya kita yang sedar atau tidak.
Penekanan-penekanan
Penekanan pada tahapan ta’rifKenalkan mad’u dengan Islam. Jika mereka bertanya tentang wadah, tidak perlu beritahu, sehingga masa yang sesuai. Proses ini boleh dikira "tajmi’
on pending". Untuk teknik DF, sila habiskan bacaan buku "Bagaimana Menyentuh Hati" karya Abbas as-Siisiy. Sentiasa menjaga niat kita, iaitu mahu mengajak kepada Islam, bukan pada jamaah kita.
Penekanan pada tahapan takwinDi sini DF (dakwah fardhiah) perlu dilakukan. Membina hubungan seerat-eratnya. Sehingga seolah-olah kita ini sumber rujukan mereka (sementara sahaja, nanti kena perbetulkan
mind set mereka). Jangan lupa berdoa untuk mad’u kita. Allah yang campakkan hidayah, kita hanya asbab (penyebab) sahaja. "
Timing" juga perlu betul. Jangan terlampau gopoh, tapi jangan terlampau lambat. Anggap seperti memancing ikan. Pastikan umpan betul-betul lekat, baru tarik. Tak tahu nak DF camne? Bina je hubungan dulu, bila dah nampak mad'u selesa dengan kita, ajak la pergi program umum. Kalau rasa dia berpotensi, terus tawarkan usrah. Kalau rasa mad'u jenis fobia ngan islam, guna la nama
circle,
smart group atau ape saje. Yang penting, kreatifkan
style usrah. Boleh je riadah 45 minit, pengisian 15 untuk permulaan, lepas tu makan2. Antum lagi kreatif, buat je ape saje!
Penekanan pada tahapan tanfizMelibatkan mad’u yang sudah bersedia untuk bekerja. Mungkin perlu dibincang adakah perlu seseorang mad’u itu diperkenalkan dengan jamaah atau tidak. Jika belum, libatkan mad’u dengan penglibatan kita menDF mad’u baru. Jika mereka sendiri melibatkan diri dengan jamaah lain, tak mengapa. Tidak perlu risau, asalkan mereka masih di atas landasan Islam (tapi sebaiknya terangkan kelebihan jamaah dan tarbiah kita sebelum kita lepaskan dia ke jamaah lain). Harus diingatkan juga, perkara asas sebelum mereka diberikan amanah untuk menjadi pimpinan ialah mereka mampu melakukan dakwah fardhiah.
Bagi kita yang sudah lama di medan ini, janganlah terlampau manja. Jika kita telah jelas matlamat tarbiah itu, tidak sepatutnya kita membazirkan masa dengan perkara yang tidak bermanfaat untuk dakwah. Tidak sepatutnya hanya bergerak, tapi juga mampu menggerakkan orang lain, kemudian menjadikan mereka itu mampu menggerakkan jiwa-jiwa yang lain untuk sama menggerakkan yang lainnya.
Wallaahua'lam. Sekadar cetusan rasa dari seorang yang masih banyak perlu dipelajari dalam tarbiah ini. Sebarang teguran sangat dialu-alukan. Semoga Ramadhan ini menjadi satu titik tolak dalam diri kita semua untuk beramal sama ada untuk diri sendiri atau untuk dakwah dan tarbiah.
Wassalaam.